Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : S$17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
Jika kamu menyayangi ibumu,"forward"kanlah Email ini kepada sahabat-sahabatmu.
1 orang-Kamu tidak sayangkan ibumuIbu kamu kecil hati!!(Dosa besar)
2-4 orang-Kamu sayang ibumu
5-9 orang-Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10 atau lebih-Syabas! Kamu akan disayangi Ibumu dan juga semua
orang! Semoga kamu berjaya dalam apa pun kerja (yang baik) kamu lakukan dan
murah rezeki. Amin Amin Ya Robbal A'lamin.
Wassalam
Tuesday, 27 October 2009
PERKARA YANG BANYAK HILANG PADA DIRI MANUSIA
JAWAPANYA…..
KASIH SAYANG TELAH HILANG
Setiap manusia inginkan kasih sayang
Kerana ia adalah makanan jiwa
Tapi di mana ada kasih sayang?
Kasih sayang telah hilang
Seolah-olah setiap orang berkata:
Aku minta kasih sayang dari ibu bapaku
Kasih sayang keduanya telah hilang
Aku minta dengan isteri atau suami, dia buat biasa sahaja
Aku minta kasih sayang dengan adik-beradikku
Kasih sayang mereka juga telah gersang
Aku tagihkan kasih sayang dengan guru-guruku
Kasih sayangnya juga telah kering ketandusan
Aku cari kasih sayang dengan pemimpinku
Kasih sayangnya lebih-lebih lagi telah hilang entah ke mana perginya
Aku
Kasih sayang mereka juga entah ke mana hilangnya
Aku
Aduh, kasih sayang mereka juga sudah kering-kontang
Begitulah setiap manusia sudah kehilangan kasih sayang
Juga kasih sayang itu telah hilang daripada orang yang hendak menagihnya
Setiap orang sudah tidak membawa kasih sayang lagi
Kita pun tidak dapat dari mereka
Mereka pun tidak mendapat dari kita
Aduh, sungguh mahal kasih sayang di akhir zaman
Hingga susah hendak menemuinya
Kerana itulah manusia hari ini hidup resah, gelisah, derita dan kecewa
24.10.2009
abi
Benarkah bila kasih sayang sudah hilang maka ia bukan lah semudah itu untuk di minta?
JAWAPANNYA……
BOLEH DIMINTA
Sekalipun semua orang inginkan kasih sayang
Kasih sayang bukan boleh diminta-minta
Kasih sayang bukan boleh dipaksa-paksa
Kalau ada sesuatu yang boleh orang jatuh hati pada diri kita
Kita tidak minta dikasihi pun tetap manusia cinta
Sekalipun kita tidak hendak dikasihi namun kasih sayang akan diberi oleh manusia juga
Jika kita hendak sangat orang kasih pada kita
Sedangkan tidak ada sesuatu yang manusia jatuh hati pada kita
Bertambah lagi manusia benci pada kita
Usahakanlah apa yang Tuhan suka pada diri kita
Terutama cintakan Allah dan takut pada-Nya
Jadikan pemurah tradisi kita, kasih kepada manusia sikap kita
Sudah tentu manusia suka
Tambah lagi dengan merendah diri, tokok tambah lagi dengan timbangrasa
Cinta manusia kepada kita sentiasa berbunga
Usahakan lagi pada diri kita bekerjasama sesama manusia
Utamakan orang lain dari diri kita
Sabar pakaian kita, lemah lembut budaya kita, memberi maaf kepada manusia
Berganda-ganda lagilah manusia cinta dan kasih kepada kita
Oleh itu diingatkan lagi kasih tidak payah ditagih
Jika ada sesuatu pada diri kita yang menjadikan manusia jatuh hati
Otomatik akan terjadi kasih manusia pada kita
25.10.2009
abi
Adakah untuk memperolehi kasih sayang ada syaratnya? Apakah syaratnya itu?
JAWAPANNYA……..
AGIHLAH DULU JANGAN MENAGIH
Engkau inginkan kasih sayang?!
Tapi engkau tidak pernah memberi kasih sayang kepada orang
Engkau inginkan keadilan?!
Pernahkah engkau adil kepada orang?!
Engkau tidak suka dizalimi
Tapi engkau sedarkah?!
Engkau selalu sahaja menzalimi orang
Sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung
Sama ada disedari atau tidak
Sama ada fizikal mahupun mental
Engkau
Apa yang engkau suka, itulah juga yang disukai oleh orang lain
Apa yang engkau tidak suka, itulah juga yang tidak disukai oleh orang lain
Janganlah minta orang lain bertimbangrasa
Engkau juga perlu bertimbangrasa kepada orang lain
Jangan tunggu orang lain memulakan
Engkaulah memulakan dahulu
Jangan engkau menagih dahulu
Engkau agihlah dahulu
26.10.2009
abi
Sebenarnya jalan penyelesaian kita adalah menyerah diri kepada Tuhan. Menagih kasih manusia adakalanya amat susah. Kalau pun dapat kasih dan sayang dari manusia ia hanya bersifat sementara. Kadang-kadang kasih nya jua akan putus dipertengahan jalan samada dia meninggalkan kita atau ia sendiri di bawa pergi oleh Tuhan dari kita. Kasih yang bersifat kekal dan selamat ialah kasih hamba kepada Allah. Kerana apa?
JAWAPANNYA……
ALANGKAH SUSAHNYA MENAGIH KASIH
Alangkah susahnya menagih kasih, laksana mutiara yang sudah hilang
Cari di sana, cari di sini, merata tempat dicari sudah tiada lagi
Aduh, hati ini ibarat bendang yang sudah gersang
Merekah di
Kerana hujan kasih sudah lama tidak menyiramnya lagi
Kasih sayang sudah tiada lagi entah ke mana hilangnya
Sedangkan kasih sayang itu sangat diperlukan setiap insan
Manusia kini tercari-cari kasih sayang penghibur jiwanya
Namun demikian mutiara jiwa yang hilang itu tidak juga dijumpa
Aduh, kosongnya jiwa manusia setiap masa
Sudahlah rasa bertuhan sudah tiada, kasih sayang pula hilang
Hidup di dalam keluh-kesah dan gelisah
Akibat dari itu, mudah merajuk dan mudah marah-marah
Tuhan! Tanamkanlah rasa mencintai-Mu di dalam hati kami
Kalau kasih sayang dari manusia tiada, cukuplah kami dengan-Mu
Moga-moga hati yang kosong ini terubatlah sudah
Tiada kasih yang lebih agung dari mengasihi-Mu Tuhan
Inilah harapan kami Tuhan, jangan biarkan kami terumbang-ambing
Kasihanilah kami, selamatkan kami, Tuhan
Tuhan kalau kasih sayang kami dengan-Mu berbunga
Kasih-Mu kepada kami berbalas pula
Segala-gala masalah kami terungkai dan selesai
27.10.2009
abi
Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan setiap ahli agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, facebook dan juga media massa lainnya. Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh CyberTrooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini.
PAS mendapati mereka mengunakan isu Unity Goverment dan juga cadangan Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat bagi menunjukan bahawa PAS kini berpecah.
Pemimpin Umno seperti Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin dan Zahid Hamidi bersilih ganti menangguk di air keruh dengan memberikan komen seolah-olah PAS kini sedang berpecah yang mana sebahagiannya mengambarkan seperti ada kumpulan dalam PAS yang mahu bergabung dalam Umno, sebahagian lagi mahu Mursyidul Am dan Presiden letak jawatan.
Dalam ucapan Muktamar yang lepas, telah dijelaskan oleh Presiden, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, bahawa PAS tiada hasrat untuk bergabung dengan Umno dan isu Unity Goverment tidak berbangkit lagi.
Sehubungan dengan itu, kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang Pro Unity Goverment dan Pro-Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok. Sesungguhnya tiada sebarang pertemuan sulit yang dilaporkan dan belum ada bukti yang diterima diperingkat kepimpinan PAS tentang kewujudan dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pimpinan.
PAS melihat, selain jalan Musyawarah perlu juga Laporan Disiplin dibuat bagi mengesahkan setiap tuduhan yang dibuat untuk memudahkan kita mengetahui asal punca masalah ini.
Lembaga Disiplin PAS juga membuka ruang yang seluas-luasnya terhadap mana-mana pimpinan dan ahli yang mempunyai bukti mengenai fitnah ini atau mereka-mereka yang menyebarkan berita bahawa terdapat segelintir pimpinan PAS sedang berusaha membawa PAS bergabung dengan Umno untuk membuat Laporan Disiplin. Jika ada laporan dan bukti yang sahih kita akan membuat keputusan, walaupun yang didakwa itu Mursyidul Am, Presiden atau mana-mana pemimpin tertinggi parti sekalipun.
PAS yakin kerja-kerja fitnah CyberTrooper Umno dan mereka-mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno akan mati dengan sendirinya jika sebarang Laporan Disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak Lembaga.
PAS meminta ahli bertenang dan tidak membuat sebarang ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin bermusyawarah bagi mencari punca masalah ini. Gunakanlah saluran yang ada (Lembaga Disiplin) bagi mencari kebenaran dan menguatkan Ukhuwah dalam parti.
Marilah kita bersama-sama melakukan solat hajat moga mereka yang cuba menganiaya parti ini diberikan hidayah oleh Allah untuk menginsafi perbuatan mereka. Kita mohon pada Allah semoga PAS dileraikan dari belenggu fitnah dan perjuangan kita terus mendapat hidayah dariNya.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Thursday, 15 October 2009
1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.
4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.
Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.
Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:
"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."
Buat para isteri sama-samalah fikirkan di peringkat manakah kita berada?
Bil | Nama Hotel @ Resort [ Nama Premis/Dapur ] | Tarikh Sah Sijil |
1. | ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR UDA ANCASA SDN BHD JALAN TUN TAN CHENG LOCK 50050 KUALA LUMPUR Nama Premis / Dapur : BANQUET KITCHEN ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR JALAN TUN TAN CHENG LOCK 50050 KUALA LUMPUR | 01/05/2009 - 30/04/2012 |
2. | ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR UDA ANCASA SDN BHD JALAN TUN TAN CHENG LOCK 50050 KUALA LUMPUR Nama Premis / Dapur : PASTRY KITCHEN ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR JALAN TUN TAN CHENG LOCK 50050 KUALA LUMPUR | 01/05/2009 - 30/04/2012 |
3. | ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR UDA ANCASA SDN BHD JALAN TUN TAN CHENG LOCK 50050 KUALA LUMPUR Nama Premis / Dapur : SAFFRON BRASSERIE (KITCHEN) GROUND FLOOR ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR JALAN TUN TAN CHENG LOCK 50050 KUALA LUMPUR | 01/05/2009 - 30/04/2012 |
4. | ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR UDA ANCASA SDN BHD JALAN TUN TAN CHENG LOCK 50050 KUALA LUMPUR Nama Premis / Dapur : BUTCHER ROOM LOWER GROUND, ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR, JALAN TUN TAN CHENG LOCK, 50050 KUALA LUMPUR | 01/05/2009 - 30/04/2012 |
5. | CRYSTAL CROWN HOTEL (NIKMAT MAJU DEVELOPMENT SDN BHD) NO 12 LORONG UTARA A, OFF JALAN UTARA 46200 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN MALAYSIA Nama Premis / Dapur : COFFEE HOUSE - BRASS CAFE CRYSTAL CROWN HOTEL, NO 12 LORONG UTARA, OFF JLN UTARA, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR | 01/03/2009 - 28/02/2011 |
6. | GRAND DORSETT LABUAN HOTEL VICTORIA'S BRASSERIE LOT 462, JALAN MERDEKA 87029 LABUAN ST Nama Premis / Dapur : SHERATON LABUAN HOTEL, VICTORIA'S BRASSERIE LOT 462, JALAN MERDEKA | 01/12/2007 - 30/11/2009 |
7. | HOTEL ARMADA PETALING JAYA LORONG UTARA C, SECTION 52 P.O BOX 691 PEJABAT POS JALAN SULTAN 46200 PETALING JAYA SELANGOR Nama Premis / Dapur : MALAY KITCHEN / DAPUR MELAYU LEVEL 3 HOTEL ARMADA PETALING JAYA LORONG UTARA C SECTION 52, PO BOX 691 PEJABAT POS JALAN SULTAN | 01/12/2007 - 31/12/2009 |
8. | HOTEL SERI MALAYSIA (GENTING HIGHLANDS) EMMY SURAYA ENTERPRISE NO 11,JALAN JATI 1 GOHTONG JAYA 69000 GENTING HIGHLANDS PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA Nama Premis / Dapur : - EMMY SURAYA ENTERPRISE NO 11,JALAN JATI 1, GOHTONG JAYA, 69000 GENTING HIGHLANDS | 15/05/2009 - 14/05/2011 |
9. | HOTEL SERI MALAYSIA (IPOH) GHAZALI MANAGEMENT SERVICES HOTEL SERI MALAYSIA IPOH JALAN STURROCK OFF JALAN TAMBUN 30350 IPOH Nama Premis / Dapur : CAFE CEMPAKA SARI HOTEL SERI MALAYSIA IPOH JALAN STURROCK OFF JALAN TAMBUN 30350 IPOH PERAK | 01/06/2008 - 31/05/2010 |
10. | HOTEL SERI MALAYSIA (MARANG) PRIM AR (M) SDN. BHD LOT 3964,KAMPUNG PAYA 21600 MARANG TERENGGANU DARUL IMAN MALAYSIA Nama Premis / Dapur : HOTEL SERI MALAYSIA MARANG LOT 3964, KAMPUNG PAYA 21600 MARANG, TERENGGANU | 01/06/2009 - 31/05/2011 |
11. | HOTEL SERI MALAYSIA (PENANG) PRISMA LAMUNI SDN BHD NO 7, JALAN MAYANG PASIR 2 BANDAR BAYAN BARU, 11950. PULAU PINANG Nama Premis / Dapur : DAPUR HOTEL SERI MALAYSIA PULAU PINANG HOTEL SERI MALAYSIA PENANG NO 7, JALAN MAYANG PASIR 2, BANDAR BAYAN BARU, 11950. PENANG | 01/06/2008 - 31/05/2010 |
12. | HOTEL SERI MALAYSIA (TAIPING) TUNAS LARUT ENTERPRISE NO. 4, JALAN SULTAN MANSUR 34000 TAIPING, Nama Premis / Dapur : HOTEL SERI MALAYSIA (TAIPING) NO. 4, JALAN SULTAN MANSUR, 34000 TAIPING, PERAK | 15/07/2008 - 14/07/2010 |
13. | HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG MOHAMED SHUKOR BIN MOHD ZAKARIA ENTERPRISE (HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG) LOT 979 & 980 PANTAI BAGAN LALANG SG PELEK SEPANG SELANGOR Nama Premis / Dapur : CAFE D' BAGAN HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG ( SEPANG ) LOT 979 & 980, PANTAI BAGAN LALANG 43950 SUNGAI PELEK SELANGOR DARUL EHSAN | 01/12/2007 - 30/11/2009 |
14. | LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA) SELESA INN KUALA LUMPUR 285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN 50100 KUALA LUMPUR Nama Premis / Dapur : D SERAI ( DAPUR PASTRI ) HOTEL PUTRA KL ARAS 3 LOT 149 SEKSYEN 87 JALAN TUN RAZAK 50050 KUALA LUMPUR | 01/12/2007 - 31/12/2009 |
15. | LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA) SELESA INN KUALA LUMPUR 285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN 50100 KUALA LUMPUR Nama Premis / Dapur : SELESA CAFE ARAS 2 HOTEL PUTRA KL LOT 149 SEKSYEN 87 JALAN TUN RAZAK 50050 KUALA LUMPUR | 01/12/2007 - 31/12/2009 |
16. | LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA) SELESA INN KUALA LUMPUR 285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN 50100 KUALA LUMPUR Nama Premis / Dapur : RESTORAN TEMASYA IMPIAN MORIB HOTEL LOT 103 & 104 JALAN MORIB PANTAI MORIB 42700 KUALA LANGAT ,SELANGOR | 01/12/2007 - 31/12/2009 |
17. | LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA) SELESA INN KUALA LUMPUR 285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN 50100 KUALA LUMPUR Nama Premis / Dapur : SELESA CAFE SELESA INN KUALA LUMPUR ARAS BAWAH 285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN 50100 KUALA LUMPUR | 01/12/2007 - 31/12/2009 |
18. | MAYOR HOTELS BERHAD T/A CITY VILLA KUALA LUMPUR 69 JALAN HAJI HUSSIEN OFF JALAN T.A.R 50300 KUALA LUMPUR Nama Premis / Dapur : MAYOR HOTEL T/A CITY VILLA KUALA LUMPUR 69 JALAN HAJI HUSSIEN OFF JALAN T.A.R 50300 KUALA LUMPUR | 01/06/2008 - 31/05/2010 |
19. | METROPLEX HOLDINGS SDN BHD (LEGEND HOTEL KL) TKT 33, PUTRA PLACE OFFICE TOWER 100 JALAN PUTRA 50350 KUALA LUMPUR Nama Premis / Dapur : DI ATAS BRASSERIE / MAIN KITCHEN 9TH FLOOR, THE LEGEND HOTEL KL PUTRA PLACE, 100 JALAN PUTRA 50350 KUALA LUMPUR | 16/10/2009 - 15/10/2012 |
20. | METROPLEX HOLDINGS SDN BHD (LEGEND HOTEL KL) TKT 33, PUTRA PLACE OFFICE TOWER 100 JALAN PUTRA 50350 KUALA LUMPUR Nama Premis / Dapur : MUSEUM CHINESE RESTAURANT 9TH FLOOR, THE LEGEND HOTEL KL PUTRA PLACE, 100 JALAN PUTRA 50350 KUALA LUMPUR | 16/10/2009 - 15/10/2012 |
21. | MING COURT HOTEL (KL) SDN BHD (CORUS HOTEL, KUALA LUMPUR) JALAN AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR Nama Premis / Dapur : DONDANG SAYANG COFFEE HOUSE CORUS HOTEL KUALA LUMPUR JALAN AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR | 01/02/2008 - 31/01/2010 |
22. | RESIDENCE HOTEL AT UNIVERSITI TENAGA NASIONAL RESIDENCE HOTELS & RESORTS S/B SUITE 1.03 LEVEL 1, WISMA E&C, LORONG DUNGUN KIRI, DAMANSARA HEIGHT, KUALA LUMPUR Nama Premis / Dapur : RESIDENCE HOTEL AT UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) KM 7 JALAN KAJANG-PUCHONG, 43009 KAJANG, SELANGOR | 01/06/2009 - 31/05/2012 |
23. | RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD IOI RESORT 62502 PUTRAJAYA Nama Premis / Dapur : RESTORAN AROI DEE (THAI) PALM GARDEN HOTEL PALM GARDEN HOTEL IOI RESORT 62502 PUTRAJAYA | 01/05/2008 - 30/04/2010 |
24. | RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD IOI RESORT 62502 PUTRAJAYA Nama Premis / Dapur : GOLFER TERRACE RESTAURANT PALM GARDEN HOTEL PALM GARDEN HOTEL IOI RESORT 62502 PUTRAJAYA | 01/05/2008 - 30/04/2010 |
25. | RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD IOI RESORT 62502 PUTRAJAYA Nama Premis / Dapur : RESTAURANT PALMS CAFE (COFFE HOUSE) PALM GARDEN HOTEL PALM GARDEN HOTEL IOI RESORT 62502 PUTRAJAYA | 01/05/2008 - 30/04/2010 |
26. | RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD IOI RESORT 62502 PUTRAJAYA Nama Premis / Dapur : BANQUET MALAY KITCHEN HALL PALM GARDEN HOTEL PALM GARDEN HOTEL IOI RESORT 62502 PUTRAJAYA | 01/05/2008 - 30/04/2010 |
27. | SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM) PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14 40000 SHAH ALAM Nama Premis / Dapur : SEMARAK KITCHEN GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM PERSIARAN PERBANDARAN, SEKYEN 14, 40000 SHAH ALAM | 01/12/2007 - 31/12/2009 |
28. | SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM) PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14 40000 SHAH ALAM Nama Premis / Dapur : MAIN KITCHEN GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR | 01/12/2007 - 31/12/2009 |
29. | SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM) PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14 40000 SHAH ALAM Nama Premis / Dapur : MALAY KITCHEN GRAND BLUEWAVE HOTELS SHAH ALAM, PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM. | 01/12/2007 - 31/12/2009 |
30. | THE PARAMOUNT HOTEL 3,LORONG 9A JALAN KAMPUNG DATO 96000 SIBU SARAWAK Nama Premis / Dapur : VALENTINE'S CAFE 3,LORONG 9A JALAN KAMPUNG DATO' 96000 SIBU,SARAWAK. | 16/03/2008 - 15/03/2010 |
31. | THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1 47600, UEP SUBANG JAYA Nama Premis / Dapur : BANQUET KITCHEN LEVEL 5,THE SUMMIT HOTEL | 01/05/2009 - 30/04/2011 |
32. | THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1 47600, UEP SUBANG JAYA Nama Premis / Dapur : OCEANIA BUFFET RESTAURANT LEVEL M,THE SUMMIT HOTEL | 01/05/2009 - 30/04/2011 |
33. | THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1 47600, UEP SUBANG JAYA Nama Premis / Dapur : WARONG JUNCTION KITCHEN LEVEL G, THE SUMMIT HOTEL | 01/05/2009 - 30/04/2011 |
34. | TIARA LABUAN HOTEL JALAN TANJUNG BATU 87007 LABUAN Nama Premis / Dapur : THE GRILL JLN TANJUNG BATU 87007 LABUAN | 01/12/2007 - 31/12/2009 |
35. | TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD THR (JOHOR) SDN BHD MUTIARA JOHOR BAHRU JALAN DATO SULAIMAN TAMAN CENTURY KB 779 80990 JOHOR BAHRU JOHOR DARUL TAKZIM MALAYSIA Nama Premis / Dapur : MUSLIM KITCHEN THR (JOHOR) SDN BHD C/O MUTIARA JOHOR BAHRU JALAN DATO SULAIMAN TAMAN CENTURY KB 779 80990 JOHOR BAHRU,JOHOR | 01/03/2009 - 28/02/2011 |
36. | TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD THR (JOHOR) SDN BHD MUTIARA JOHOR BAHRU JALAN DATO SULAIMAN TAMAN CENTURY KB 779 80990 JOHOR BAHRU JOHOR DARUL TAKZIM MALAYSIA Nama Premis / Dapur : CAPRI KITCHEN THR (JOHOR) SDN BHD C/O MUTIARA JOHOR BAHRU JALAN DATO SULAIMAN TAMAN CENTURY KB 779, 80990 JOHOR BAHRU JOHOR | 01/03/2009 - 28/02/2011 |
37. | TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD THR (JOHOR) SDN BHD MUTIARA JOHOR BAHRU JALAN DATO SULAIMAN TAMAN CENTURY KB 779 80990 JOHOR BAHRU JOHOR DARUL TAKZIM MALAYSIA Nama Premis / Dapur : MEISAN KITCHEN THR (JOHOR) SDN BHD C/O MUTIARA JOHOR BAHRU JALAN DATO SULAIMAN TAMAN CENTURY KB 779 80990 JOHOR BAHRU,JOHOR JOHOR |